AGENDA

Van transit manfaatkan warga Subang Jaya, sedia 265 hentian

21 Jun 2023, 7:15 AM
Van transit manfaatkan warga Subang Jaya, sedia 265 hentian
Van transit manfaatkan warga Subang Jaya, sedia 265 hentian

SHAH ALAM, 21 JUN: Perkhidmatan van transit atas permintaan (DRT) Mobi antara kemudahan pengangkutan awam terbaharu yang ditawarkan kepada warga Subang Jaya bermula Mac lalu.

EXCO Pengangkutan Awam Ng Sze Han memaklumkan perkhidmatan itu memanfaatkan sekitar 15,000 penumpang sejak dilancarkan, dengan lebih 3,000 tempahan diterima menerusi aplikasi Mobi.

“Jadi saya menyeru warga Subang Jaya untuk memanfaatkan perkhidmatan ini dengan sebaiknya kerana mempunyai hentian yang sangat banyak termasuk di kawasan perumahan,” kata Ng Sze Han di sini.

Beliau ditemui selepas mencuba perkhidmatan itu di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) SS15 hari ini, yang turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif Badanbas Coach Sdn Bhd Ibrahim Aiman Mohd Nadzmi.

[caption id="attachment_588390" align="aligncenter" width="769"] EXCO Pengangkutan Awam Ng Sze Han (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Badanbas Coach Sdn Bhd Ibrahim Aiman Mohd Nadzmi menunjukkan aplikasi Mobi bagi van transit atas permintaan (DRT) di SS15 Subang Jaya pada 21 Jun 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Sementara itu, Ibrahim berkata Mobi yang dikendalikan syarikat tersebut mempunyai 265 hentian setakat ini dan akan ditambah dari masa ke masa mengikut permintaan pengguna.

“Dengan kadar tetap RM4 satu perjalanan atau pelan langganan tiket bulanan serendah RM3.63 untuk satu perjalanan, pengguna boleh sampai ke destinasi di hentian terdekat dengan mereka,” katanya.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM3 juta untuk pelaksanaan Selangor Mobiliti Fasa Pertama, merangkumi perkhidmatan van DRT berdasarkan permintaan menerusi aplikasi penghalaan pintar.

Pada 15 Jun, Dato' Menteri Besar memaklumkan Selangor Mobiliti bakal diperluas ke lapan zon menjelang September, dengan menumpukan kawasan padat selain permintaan terhadap laluan sempit.

Tidak hanya menumpukan mod pengangkutan, Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan inisiatif tersebut turut melibatkan infrastruktur lain seperti hentian bas, mikromobiliti dan e-skuter.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619