AGENDA

TH perkukuh keselamatan digital, elak pendeposit jadi mangsa penipuan

20 Jun 2023, 8:35 AM
TH perkukuh keselamatan digital, elak pendeposit jadi mangsa penipuan

KUALA LUMPUR, 20 JUN: Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan usaha untuk memperkukuh keselamatan perkhidmatan digitalnya dengan menambah baik kawalan teknologi demi keselesaan dan keselamatan urusan kewangan pendeposit.

TH dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa bermula 1 Julai, TH membenarkan pemindahan wang daripada akaun simpanan TH ke akaun bank sendiri sahaja.

“Pendeposit juga hanya boleh mengaktifkan kad ATM dengan akaun TH menerusi mesin ATM dan bukan melalui perkhidmatan perbankan dalam talian bank rakan strategik TH,” menurut kenyataan itu.

Langkah itu merupakan satu daripada usaha TH dalam memastikan pendeposit tidak terjerat dalam perangkap pihak tidak bertanggungjawab atau scammer kerana TH memandang serius terhadap penipuan yang berlaku melibatkan pendeposit melalui perbankan Internet bank rakan strategik TH.

“TH sentiasa cakna dan prihatin akan keselamatan urusan pendeposit. Justeru, TH akan terus berusaha untuk memperkasakan lagi perkhidmatan digital TH demi keselesaan pendeposit,” kata Pengarah Eksekutif Operasi TH Mohamad Ameen Abdul Wahab dalam kenyataan berkenaan.

TH juga sentiasa melakukan kemas kini dan memperketat kawalan keselamatan teknologi sedia ada secara berterusan bagi memastikan semua transaksi yang dilakukan oleh pendeposit adalah selamat.

Orang ramai boleh merujuk laman web rasmi TH, www.tabunghaji.gov.my atau terus menghubungi Pusat Panggilan TH (THCC) menerusi talian 03-6207 1919 bagi mendapatkan maklumat lanjut atau sebarang perkhidmatan lain yang ditawarkan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619