ADN

DUN Meru hulur sumbangan RM50,000 ganti meja, perabot uzur bilik guru

19 Jun 2023, 12:03 PM
DUN Meru hulur sumbangan RM50,000 ganti meja, perabot uzur bilik guru
DUN Meru hulur sumbangan RM50,000 ganti meja, perabot uzur bilik guru

Oleh Nina Farzuin Md Sharom

SHAH ALAM, 19 JUN : Dewan Undangan Negeri (DUN) Meru menghulur sumbangan RM50,000 bagi menggantikan meja dan perabot uzur bilik guru Sekolah Kebangsaan Sungai Kapar Indah, Klang hari ini.

Wakil rakyatnya Mohd Fakhrulrazi Mokhtar berkata sumbangan tersebut sebahagian daripada peruntukan di bawah Projek Selangor Penyayang (PSP) 2023.

“Saya difahamkan sebelum ini meja dan perabot di bilik guru sekolah ini telah uzur, jadi kita gunakan peruntukan yang ada untuk gantikan kelengkapan itu dengan yang baharu.

“Walaupun fokus peruntukan ini sebenarnya lebih kepada pembaikan kemudahan seperti penurapan jalan, longkang atau padang, namun bagi saya saya keselesaan guru dan pelajar juga penting yang mana banyak orang terlepas pandang,” katanya kepada Selangorkini.

[caption id="attachment_588044" align="aligncenter" width="717"] ADN Meru Mohd Fakhrulrazi Mokhtar meninjau keadaan bilik guru Sekolah Kebangsaan Sungai Kapar Indah, Klang ada 19 Jun 2023. Foto Facebook Mohd Fakhrulrazi Mokhtar[/caption]

Tambahnya, sumbangan turut diberikan kepada beberapa sekolah di bawah DUN Meru antaranya Sekolah Kebangsaan Meru dan Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai.

“Serahan sumbangan ini juga tidak hanya melalui permohonan pihak sekolah itu sendiri, bahkan kami di DUN Meru sendiri turun padang melihat keadaan sekolah yang memerlukan.

“Sama ada bantuan ini akan diteruskan atau sebaliknya, ia bergantung kepada peruntukan yang diturunkan yang mana saya pasti Kerajaan Negeri tidak akan pernah mengabaikan keperluan sekolah-sekolah ini,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619