AGENDA

Selangor cadang wujud kerjaya jurukitar semula, jana pendapatan

19 Jun 2023, 7:58 AM
Selangor cadang wujud kerjaya jurukitar semula, jana pendapatan
Selangor cadang wujud kerjaya jurukitar semula, jana pendapatan

SHAH ALAM, 19 JUN: Selangor berhasrat mewujudkan kerjaya sebagai juru kitar semula yang bertanggungjawab mengurus barangan terpakai bagi menjana sumber kewangan.

EXCO Kesejahteraan Bandar Rodziah Ismail berkata modul berkaitan usaha itu sudah dikemukakan kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK) baru-baru ini.

"Saya sudah bertemu dengan JPK dan kemukakan satu modul untuk pengurusan sampah dan hasrat kita mahu mewujudkan juru kitar semula sebagai satu profesion (kerjaya) yang diiktiraf di Malaysia.

"Juru kitar semula yang dimaksudkan adalah dia tahu menilai sampah ini sebagai contoh kaca, plastik atau kertas mana yang boleh mendatangkan keuntungan dan tidak boleh buang sembarangan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Pusat Kitar Semula Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Hicom di sini hari ini.

[caption id="attachment_587965" align="alignnone" width="878"] Pusat Kitar Semula Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Hicom, Seksyen 26, Shah Alam pada 19 Jun 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Rodziah menambah beliau yakin jawatan berkenaan akan menamatkan persepsi bahawa pengurusan sampah itu kotor.

"Sebaliknya mereka yang bekerja sebagai juru kitar semula ini boleh mendidik dan memastikan ramai faham kaedah menguruskan dan menilai sampah dengan betul.

"Insya-Allah, suri rumah juga boleh menjadikan ia (juru kitar semula) sebagai kerjaya mereka nanti, ada sijil yang kita akan sediakan nanti, ia sedang dalam perbincangan.

"Justeru, Selangor bukan hanya boleh bangga dengan pengurusan sampah yang baik di bawah KDEB Waste Management (KDEBWM) tetapi kita dapat melahirkan juru kitar semula yang diiktiraf," katanya.

Rodziah turut memuji KDEBWM yang membuka sebuah lagi pusat kitar semula di kawasan perumahan kos rendah sekali gus berharap penduduk ada kesedaran memanfaatkan tempat itu sebaiknya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619