AGENDA

Sultan perkenan Dewan Negeri Selangor dibubar 23 Jun

19 Jun 2023, 2:15 AM
Sultan perkenan Dewan Negeri Selangor dibubar 23 Jun
Sultan perkenan Dewan Negeri Selangor dibubar 23 Jun

KLANG, 19 JUN: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berkenan membubarkan Dewan Negeri Selangor (DNS) pada 23 Jun bagi membolehkan pilihan raya negeri (PRN) diadakan.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj turut berkenan menandatangani proklamasi pembubaran DNS ke-14 pada majlis istiadat di Balai Dewan Diraja Istana Alam Shah di sini hari ini.

Sultan Selangor bertitah majlis pengisytiharan pembubaran diadakan awal berikutan keberangkatan Baginda bersama Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menunaikan ibadah haji esok.

[caption id="attachment_587869" align="aligncenter" width="643"] Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan melihat Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menandatangani proklamasi pembubaran Dewan Negeri Selangor (DNS) ke-14 dalam majlis istiadat pengisytiharaan pembubaran DNS di Balai Dewan Diraja Istana Alam Shah, Shah Alam pada 19 Jun 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

“Setelah berunding dan menerima permintaan pembubaran DNS dari Dato’ Menteri Besar, Beta berkenan menandatangani proklamasi pembubaran DNS ke-14 hari ini dan akan berkuat kuasa pada Jumaat ini.

“Ini bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan. Beta dijangka kembali ke tanah air pada 4 Julai,” titah Baginda.

Terdahulu Dato’ Seri Amirudin Shari menghadap Baginda bagi memohon perkenan pembubaran DNS.

Turut berangkat ke majlis itu Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah selain dihadiri Speaker DNS Ng Suee Lim, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim dan barisan Ahli Dewan Diraja Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619