AGENDA

Koperasi Tentera umum dividen tujuh peratus, jumlah pembayaran RM130.4 juta

18 Jun 2023, 5:19 AM
Koperasi Tentera umum dividen tujuh peratus, jumlah pembayaran RM130.4 juta

KUALA LUMPUR, 18 JUN: Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (Koperasi Tentera) hari ini mengumumkan pulangan dividen tujuh peratus kepada 156,156 anggotanya membabitkan pembayaran sebanyak RM130.4 juta bagi tahun 2022.

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata pembayaran dividen tersebut lebih tinggi berbanding RM89 juta pada 2021.

“Kita akan dapatkan kelulusan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk pembayaran dividen kepada ahli dan memang hasrat kita untuk salurkan sebelum Hari Raya Aidiladha,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Tentera ke-57 di Wisma Perwira di sini, hari ini.

Beliau berkata prestasi kewangan Koperasi Tentera turut merekodkan pendapatan bersih sebanyak RM256 juta bagi 2022 dengan keuntungan selepas cukai dan zakat berjumlah RM154 juta.

Katanya, peningkatan yang memberangsangkan itu merupakan hasil daripada pembiayaan yang ditawarkan kepada perusahaan kecil dan sederhana yang semakin meningkat.

Sementara itu Adly berkata dalam tempoh 10 tahun ini, Koperasi Tentera telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM17.7 juta atau purata RM1.7 juta setahun kepada anggotanya.

“Ini telah berjaya memberi manfaat kepada seramai 42,706 anggota meliputi aspek pendidikan, perubatan dan derma am selain sumbangan khairat kematian sebanyak RM572,000 turut disalurkan kepada waris anggota pada tahun 2022.

“Ini adalah sumbangan terus yang dibayar bagi menjaga kebajikan anggota dan ahli keluarga mereka,” katanya.

Beliau berkata Koperasi Tentera turut melakar kejayaan apabila menerima pengiktirafan sebagai loperasi premier daripada SKM pada 2022 untuk tiga tahun berturut-turut.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619