AGENDA

Lebih separuh projek rumah terbengkalai sejak 2007 berjaya diselamatkan

16 Jun 2023, 9:05 AM
Lebih separuh projek rumah terbengkalai sejak 2007 berjaya diselamatkan
Lebih separuh projek rumah terbengkalai sejak 2007 berjaya diselamatkan

KLANG, 16 JUN: Sebanyak 98 daripada 181 projek perumahan terbengkalai di Selangor berjaya diselamatkan, kata EXCO perumahan.

Rodziah Ismail berkata jumlah itu direkodkan sejak 2007 sehingga kini berpunca daripada beberapa faktor termasuklah projek tidak menepati piawai dan masalah sistem saliran,

"Isu (terbengkalai) ada banyak kategori antaranya berpunca daripada kontraktor lari, kadang ada yang sudah siap tetapi tidak mendapat kelulusan CCC (Sijil Penyiapan dan Pematuhan).

"Alhamdulillah, dengan adanya penubuhan Jawatankuasa Kecil Pemulihan Projek Terbengkalai di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) pemulihan dan penyelesaian bagi isu ini dapat dipantau secara berterusan," katanya.

[caption id="attachment_587455" align="aligncenter" width="739"] EXCO Perumahan Rodziah Ismail pada Majlis Simbolik Penyerahan Projek Skim Ceria yang diadakan di Dewan MPK, Pangsapuri Bukit Tinggi 1, Jalan Batu Nilam 15, Bandar Bukit Tinggi 1, Klang pada 15 Jun 2023. FOTO/MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

Bercakap dalam sidang media selepas merasmikan majlis penyerahan projek Skim Ceria di Pangsapuri Bukit Tinggi 1 di sini hari ini, Rodziah berkata satu dasar perlu dirangka bagi memastikan isu berkenaan diselesaikan tanpa menjejaskan pembeli.

"Saya pernah mengusulkan di Parlimen sekiranya ada projek terbengkalai perlunya ada intervensi dengan Bank Negara atau mana-mana bank berkaitan untuk pembeli tidak meneruskan pembayaran yang sepatutnya dibayar setiap bulan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619