AGENDA

Sultan hadiri majlis baca Yasin sempena keberangkatan ke Tanah Suci

16 Jun 2023, 7:08 AM
Sultan hadiri majlis baca Yasin sempena keberangkatan ke Tanah Suci
Sultan hadiri majlis baca Yasin sempena keberangkatan ke Tanah Suci

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 16 JUN: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan berangkat ke majlis bacaan Yasin sempena keberangkatan Baginda ke Tanah Suci bagi menunaikan haji minggu depan.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj turut menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini diiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Turut mengiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato’ Haris Kasim dan EXCO Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

[caption id="attachment_587427" align="alignnone" width="768"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkenan bersalaman dengan jemaah selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 16 Jun 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Sultan Selangor mendengar khutbah disampaikan Imam Besar Muhammad Farhan Wijaya bertajuk Ibadah Korban Simbol Ketaatan Kepada Allah yang memperihalkan syariat penyembelihan haiwan.

Baginda kemudian meluangkan masa beramah mesra dan bersalaman dengan jemaah sebelum berangkat pulang.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619