ADN

JPS agih RM500,000 baik pulih tebing kunci air, siap dalam sebulan

16 Jun 2023, 6:01 AM
JPS agih RM500,000 baik pulih tebing kunci air, siap dalam sebulan

OLEH FHATIHAH ZAKINAN

SHAH ALAM, 16 JUN: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Hulu Langat mengagihkan RM500,000 bagi membaik pulih runtuhan tebing kunci air secara berperingkat di Sungai Ayer Hitam, Bandar Baru Bangi.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Ramal berkata projek fasa pertama yang dilaksana ketika ini meliputi kambus tanah dan binaan penebat keluli di sekeliling kawasan bagi mengelak hakisan semula.

Dijangka siap dalam tempoh sebulan, Mazwan Johar memaklumkan kejadian yang berlaku sejak akhir tahun lalu berpunca daripada arus air bertekanan tinggi sehingga menyebabkan hakisan tebing.

"Trek joging juga akan dibaik pulih supaya aktiviti riadah dan pesiar kaki dapat digunakan semula," katanya menerusi siaran langsung di Facebook semalam.

Beliau berkata fasa dua pula meliputi pembaikan kunci air, yang dijangka siap akhir tahun ini setelah mendapat kebenaran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

"Kerja pembaikan sudah dimulakan dan mendapat kebenaran pihak PKNS untuk melapangkan tanah bagi memberi laluan kepada jentera berat dan peralatan dibawa masuk ke tapak," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619