AGENSI

Padah operasi secara haram, sebuah kilang lebur logam disita MPHS

16 Jun 2023, 5:53 AM
Padah operasi secara haram, sebuah kilang lebur logam disita MPHS
Padah operasi secara haram, sebuah kilang lebur logam disita MPHS

Oleh AZAMIN AMIN

SHAH ALAM, 16 JUN: Sebuah kilang yang menjalankan aktiviti peleburan logam di Jalan Zurah 3A, Kawasan Perindustrian Zuhrah, Rasa disita Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) pada 14 Jun.

Hasil pemeriksaan 10 penguatkuasa pihak berkuasa tempatan itu mendapati akitivti pemanasan mesin pelebur bahan logam sedang dijalankan dan beberapa acuan berisi cecair logam masih dalam keadaan panas.

“Hasil pemeriksaan juga mendapati kilang tersebut telah melakukan kesalahan bawah Undang-undang Kecil (UUK) 3 Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDHS) 2007 iaitu tidak memiliki lesen perniagaan yang sah dan menjalankan operasi tanpa kebenaran daripada MPHS,” kata MPHS di Facebook.

MDHS turut menyita beberapa peralatan termasuklah sebuah jentera angkat barang (forklift), kipas industri (1), silinder gas (6) ,troli (1) dan 50 botol cecair latex (50) untuk dibawa ke depoh tahanan untuk tindakan lanjut.

[caption id="attachment_587396" align="aligncenter" width="800"] Akitivti pemanasan mesin pelebur bahan logam sedang dijalankan dan beberapa acuan berisi cecair logam masih dalam keadaan panas ketika serbuan penguatkuasa Majlis Perbandaran Hulu Selangor di sebuah kilang di Jalan Zurah 3A, Kawasan Perindustrian Zuhrah, Hulu Selangor pada 14 Jun 2023. Foto Facebook Majlis Perbandaran Hulu Selangor[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619