AGENSI

Mualaf terlantar akibat nahas jalan raya terima katil, keperluan rawatan sumbangan LZS

16 Jun 2023, 3:03 AM
Mualaf terlantar akibat nahas jalan raya terima katil, keperluan rawatan sumbangan LZS

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 16 JUN: Nasib seorang mualaf yang terlantar susulan terlibat kemalangan jalan raya sejak tiga bulan lalu mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS) semalam.

Agensi itu menyumbangkan katil hospital untuk kegunaan asnaf terbabit selain turut meluluskan bantuan lampin dewasa dan keperluan cucian luka secara bulanan.

"Mualaf ini yang masih bujang, terlantar akibat kemalangan jalan raya sejak Mac lalu dan kini dijaga dan diuruskan keluarganya yang masih belum memeluk Islam.

"Kami juga berkesempatan membuat serahan bantuan perubatan berupa katil hospital untuk kegunaan beliau selain meluluskan keperluan perubatan lain seperti lampin dewasa serta keperluan cucian luka secara bulanan,” menurut agensi itu di Facebook.

LZS berharap bantuan yang diagihkan pasukan Operasi Agihan Daerah Kuala Selangor meringankan beban ditanggung.

“Terima kasih kepada pengeluar zakat. Sedikit bagi anda segalanya buat mereka,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619