AGENDA

Garis panduan pekerja gig p-panggilan bakal dimuktamadkan

15 Jun 2023, 8:01 AM
Garis panduan pekerja gig p-panggilan bakal dimuktamadkan

SHAH ALAM, 15 JUN: Garis Panduan Pekerja Gig (p-panggilan) 2023 sedang diteliti untuk dimuktamadkan kata Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Mustapha Sakmud berkata garis panduan itu bagi mengharmonikan hubungan syarikat penyedia platform dan pekerja gig.

"Ia juga sebagai satu langkah sementara yang bersesuaian mengawal selia aktiviti pekerjaan gig sebelum mewujudkan satu dasar atau akta berkaitan yang bersesuaian memandangkan pasaran pekerjaan ini pesat berkembang dan sentiasa berubah sifatnya," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Padang Besar Rushdan Rusmi mengenai langkah yang sedang dan telah diambil kerajaan bagi memastikan ekonomi gig mampu memberikan kemampanan ekonomi dalam kehidupan masa kini.

Mustapha berkata sehingga 4 Jun lalu seramai 449,618 orang pekerja ekonomi gig berdaftar dan aktif mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.

"Daripada jumlah tersebut, seramai 173,150 orang terdiri daripada pekerja p-panggilan dan e-pangilan," katanya.

Beliau berkata Kementerian Sumber Manusia menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) diberi peranan untuk melaksanakan program bina kerjaya Pekerja Informal Gig Riders.

"Ia menyediakan elaun sebanyak RM300 sebulan bagi tempoh tiga bulan kepada penunggang gig yang aktif menjalani latihan kemahiran untuk mendapat pekerjaan stabil dalam sektor formal dengan 325 permohonan diterima setakat ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619