AGENSI

MBI sumbang RM5,000 jayakan sambutan Hari Bebas Denggi Hospital Shah Alam

15 Jun 2023, 4:52 AM
MBI sumbang RM5,000 jayakan sambutan Hari Bebas Denggi Hospital Shah Alam
MBI sumbang RM5,000 jayakan sambutan Hari Bebas Denggi Hospital Shah Alam
MBI sumbang RM5,000 jayakan sambutan Hari Bebas Denggi Hospital Shah Alam

SHAH ALAM, 15 JUN: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyumbangkan dana berjumlah RM5,000 kepada Hospital Shah Alam bagi menganjurkan Sambutan Hari Bebas Denggi.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MBI Ahmad Azri Zainal Nor berkata sumbangan itu bertujuan menyokong usaha hospital berkenaan memberi kesedaran berkaitan denggi.

"Melihat kepada usaha mereka kami di pihak MBI berbesar hati untuk menyumbangkan dana sebanyak RM5,000 bagi memudahkan pihak hospital menganjurkan program.

[caption id="attachment_587138" align="aligncenter" width="587"] Pengarah Hospital Shah Alam, Dr Ruzita Othman menyampaikan cenderahati kepada Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MBI Ahmad Azri Zainal Nor pada Majlis Sambutan Hari Bebas Denggi peringkat Hospital Shah Alam di Hospital Shah Alam pada 15 Jun 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

"Kita berharap orang awam mula cakna dan mengambil serius berhubung penjagaan kebersihan persekitaran bagi mengelak dijangkiti demam denggi," katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Sambutan Hari Bebas Denggi peringkat Hospital Shah Alam di sini hari ini.

Turut merasmikan majlis sambutan itu adalah Pengarah Hospital Shah Alam Dr Ruzita Othman.

[caption id="attachment_587139" align="aligncenter" width="628"] Pembantu Kesihatan Awam Pejabat Daerah Petaling, Nelson Sanah (kanan) memberi penerangan kepada Pelajar Sekolah kebangsaan Seksyen 7 mengenai bahaya pembiakan jentik-jentik di ruang pameran Majlis Sambutan Hari Bebas Denggi peringkat Hospital Shah Alam di Hospital Shah Alam pada 15 Jun 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

Mengulas mengenai kerjasama dengan hospital lain, Ahmad Azri berkata pihaknya sedia kolaborasi dengan mana-mana institusi kesihatan pada masa akan datang.

"Kerjasama bersama Hospital Shah Alam hari ini bukan kali pertama sebaliknya sebelum ini kita pernah menyumbangkan peralatan kesihatan juga di sini.

"Selain itu, Hospital Cyberjaya dan Ara Damansara Medical Centre juga pernah kita bekerjasama menghulurkan sumbangan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619