PBT

MPK kompaun kilang plastik terpakai, premis cuci kereta operasi tanpa lesen

15 Jun 2023, 4:11 AM
MPK kompaun kilang plastik terpakai, premis cuci kereta operasi tanpa lesen
MPK kompaun kilang plastik terpakai, premis cuci kereta operasi tanpa lesen

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 15 JUN: Sebuah kilang menjalankan aktiviti memproses plastik terpakai dekat Lorong Laksamana 31D, Taman Sentosa, Klang dikompaun kerana beroperasi tanpa lesen sah.

Menurut Majlis Perbandaran Klang (MPK) operasi pada Selasa lalu itu dilakukan susulan aduan orang awam berhubung bunyi bising dari premis berkenaan.

"Hasil pemeriksaan mendapati premis tersebut tidak mempunyai lesen yang sah dan tidak mempunyai Kebenaran Merancang dan Sijil Layak menduduki," kata MPK menerusi Facebook.

[caption id="attachment_587128" align="aligncenter" width="500"] Premis mencuci kenderaan di Bandar Bukit Raja, Klang dikompaun setelah beroperasi tanpa lesen pada 12 Jun 2023. Foto Facebook MPK[/caption]

Dalam operasi sama, sebuah premis di Jalan Astaka 5/ku2, Bandar Bukit Raja, Klang yang menjalankan perkhidmatan mencuci kereta turut dikompaun atas kesalahan sama.

"Premis tersebut yang beroperasi tanpa lesen itu telah menyebabkan jalan di lorong belakang rosak dan berlubang. Kompaun diserahkan kepada wakil premis," katanya.

Kedua-dua premis dikompaun mengikut Undang-Undang Kecil (3) Pelesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian (UUK3 PTPP MPK) 2007.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619