AGENDA

PKNS ketuai Selangor bina projek pelabuhan ketiga di Pulau Carey

14 Jun 2023, 1:08 AM
PKNS ketuai Selangor bina projek pelabuhan ketiga di Pulau Carey

OLEH SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 14 JUN: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan mengetuai pentadbiran negeri bagi projek pembinaan pelabuhan ketiga di Pulau Carey, maklum Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) juga dipertanggungjawab melaksana projek tambahan seperti pembangunan kawasan pengilangan, perumahan dan perindustrian.

"PKNS telah diputuskan untuk mengetuai dan mewakili Kerajaan Negeri bagi projek pembinaan pelabuhan ketiga di Pulau Carey.

"Semoga (projek) ini akan menjadi pendapatan bersandar (reclining income) atau pendapatan yang konsisten kepada PKNS untuk terus memberi perkhidmatan kepada negeri Selangor," katanya.

Beliau ditemui media pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 dan Malam Jasamu Dikenang PKNS 2023 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), malam tadi.

Amirudin sebelum ini dilaporkan berkata pembinaan pelabuhan tersebut bagi menampung kapasiti kontena di Pelabuhan Barat dan Utara, selain menjana ekonomi negeri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619