ADN

Wakil rakyat Sungai Ramal sumbang 10 komputer riba kepada pelajar IPT

13 Jun 2023, 12:30 PM
Wakil rakyat Sungai Ramal sumbang 10 komputer riba kepada pelajar IPT
Wakil rakyat Sungai Ramal sumbang 10 komputer riba kepada pelajar IPT

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 13 JUN: Seramai 10 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dari keluarga berpendapatan rendah (B40) dan pertengahan (M40) menerima komputer riba percuma daripada pusat khidmat masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Ramal.

Wakil rakyatnya Mazwan Johar berkata pihaknya membelanjakan RM16,000 untuk menyediakan alat keperluan pembelajaran itu bagi meringkan beban keluarga berkenaan.

[caption id="attachment_586545" align="aligncenter" width="726"] Ahli Dewan Negeri Sungai Ramal Mazwan Johar pada program Jualan Ehsan Rahmah peringkat DUN Sungai Ramal di Sungai Tangkas, Hulu Langat pada 12 Jun 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI[/caption]

"Keperluan dan permintaan untuk mendapatkan komputer riba ini adalah antara tertinggi daripada masyarakat DUN Sungai Ramal.

"Saya berharap bantuan membantu ibu bapa memenuhi tanggungjawab mereka menyediakan alat bantuan pembelajaran untuk anak mereka yang mengikuti pengajian di IPT," katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Mazwan menyempurnakan sumbangan komputer riba kepada 10 penerima di pusat khidmat masyarakat DUN berkenaan.

Mazwan menambah, pemberian sumbangan komputer riba berasaskan permohonan daripada semasa ke semasa dan tidak terhad pada golongan B40 atau M40.

“Saya berharap, pelajar yang menerima bantuan ini memanfaatnya sebaik mungkin dan bertanggungjawab menggunakannya sepanjang pembelajaran mereka,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619