PBT

MPK anjur hari tanpa kenderaan Ahad ini, orang ramai dijemput hadir

13 Jun 2023, 6:45 AM
MPK anjur hari tanpa kenderaan Ahad ini, orang ramai dijemput hadir
MPK anjur hari tanpa kenderaan Ahad ini, orang ramai dijemput hadir

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 13 JUN: Orang ramai dijemput memeriahkan program Klang Hari Tanpa Kenderaan bertemakan Malaysia Tanpa Rasuah di Laman Seni Safari, Klang Ahad ini.

Pengarah Komunikasi Korporat Majlis Perbandaran Klang (MPK) berkata pelbagai acara menarik disediakan antaranya jalan kaki sejauh lima kilometer, kayuhan santai, senam robik, demonstrasi bomba dan aktiviti oleh Rasuah Busters.

“MPK juga turut menyediakan aktiviti untuk kanak-kanak seperti pameran buku, perpustakaan bergerak serta pelbagai acara lain.

“Turut diadakan pameran Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Air Selangor,” kata Norfiza Mahfiz.

[caption id="attachment_586744" align="aligncenter" width="749"] Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang Noraini Roslan turut menyertai senamrobik dalam program Klang Hari Tanpa Kenderaan pada 17 Jun 2022. Foto Majlis Perbandaran Klang[/caption]

Menurutnya bagi melancarkan program itu MPK akan menutup sebahagian jalan melibatkan Jalan Tengku Kelana termasuk di hadapan Galeri Diraja dan Jalan Istana dari jam 7 hingga 9.30 pagi.

"Orang ramai diminta tidak melalui jalan dinyatakan pada tempoh tersebut. Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 03-3375 5555 sambungan 1606 atau 1237,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619