AGENDA

Menteri: Cadangan ambil alih konsesi lebuh raya bila kewangan stabil

13 Jun 2023, 3:56 AM
Menteri: Cadangan ambil alih konsesi lebuh raya bila kewangan stabil

SHAH ALAM, 13 JUN: Cadangan pengambilalihan konsesi lebuh raya bagi mengurangkan kadar tol di seluruh negara akan dibuat jika kedudukan kewangan negara stabil pada masa depan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata usaha tersebut tidak dapat dilaksana ketika ini berikutan ia membabitkan kesan kewangan tinggi, lapor Berita Harian.

"Krajaan pada masa ini tidak bercadang mengambil alih mana-mana lebuh raya yang sedang beroperasi kerana memerlukan implikasi kewangan yang sangat tinggi.

"Kerajaan bersedia mempertimbangkan semula cadangan ini sekiranya keadaan kewangan dan fiskal negara mengizinkan kelak," katanya seperti dilaporkan portal itu.

Beliau menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) berhubung komitmen kerajaan mengambil alih konsesi lebuh raya dan beransur-ansur mengurangkan kadar tol bagi meringankan beban rakyat.

Tahun lalu, kerajaan mengumumkan inisiatif pengambilalihan empat konsesi lebuh raya di Lembah Klang menerusi Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad (ALR).

Lebuh raya terlibat ialah Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (Smart), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint) dan Lebuhraya Damasara-Puchong (LDP).

Menerusinya, tiada kenaikan kadar tol di empat lebuh raya berkenaan sehingga tamat tempoh konsesi, sekali gus bakal memberi penjimatan bayaran pampasan sekurang-kurangnya RM4.3 bilion.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619