AGENDA

Bayi lelaki baru lahir ditinggalkan tanpa pakaian atas reban ayam

13 Jun 2023, 1:10 AM
Bayi lelaki baru lahir ditinggalkan tanpa pakaian atas reban ayam

LAHAD DATU, 13 JUN: Bayi lelaki yang baharu dilahirkan ditemui ditinggalkan di atas reban ayam di kawasan Kampung Jawa, di sini, semalam.

Bayi malang itu ditemui lelaki berusia 51 tahun ketika melihat reban ayam miliknya, pada jam 6.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad berkata, sebaik menerima laporan mengenai kejadian itu, sepasukan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu digerakkan ke lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut.

"Bayi itu dipercayai baru dilahirkan dan ditinggalkan tanpa pakaian di atas reban ayam penduduk kampung berkenaan.

"Bayi seberat tiga kilogram itu dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, polis sedang berusaha mengesan suspek dalam kejadian itu, lapor Berita Harian.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta hubungi Hotline IPD Lahad Datu di talian 089-881255 atau pegawai penyiasat kes Inspektor Sophia Thomas Kasau di talian 013-9392505.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana penjaga yang bertanggungjawab menjaga bayi itu dengan niat hendak membuang bayi terbabit. Sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619