AGENDA

MB antara peserta lumba basikal kategori kenamaan, sejauh 35km

12 Jun 2023, 8:16 AM
MB antara peserta lumba basikal kategori kenamaan, sejauh 35km
MB antara peserta lumba basikal kategori kenamaan, sejauh 35km
MB antara peserta lumba basikal kategori kenamaan, sejauh 35km

SHAH ALAM, 12 JUN: Dato’ Menteri Besar bakal menyertai kejohanan lumba basikal Selangor International Race 2023 (SIR) pada 25 Jun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Dato’ Mahmud Abas berkata Dato’ Seri Amirudin Shari menyertai kategori kenamaan (VIP) sejauh 35 kilometer.

“Selain beliau, PKNS selaku penganjur juga turut menjemput Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin,” katanya selepas pra-pelancaran SIR hari ini.

Selain kategori berkenaan, program julung kali dan bertaraf antarabangsa turut melibatkan 1,000 peserta termasuk pelumba pasukan nombor satu Asia, Terengganu Polygon Cycling Team (TSG).

[caption id="attachment_586558" align="aligncenter" width="714"] Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Dato' Mahmud Abbas (tengah) merasmikan majlis Pra Pelancaran Perlumbaan Antarabangsa Selangor (SIR) 2023 di Ibupejabat PKNS, Shah Alam pada 12 Jun 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Mahmud berkata beberapa pelumba ternama dari negara jiran turut mengambil bahagian antaranya atlet Singapura, Indonesia dan England selain dijangka disertai Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Pelumba bakal menempuh laluan rata, beralun dan kawasan lapang sejauh 145 kilometer bermula dan berakhir di ibu pejabat PKNS.

Bakal menjadi acara tahunan, program itu menawar hadiah keseluruhan berjumlah RM64,000 dan mendapat tajaan pelbagai pihak antaranya Worldwide Holdings Berhad, Kumpulan Hartanah Selangor Berhad, Decathlon, Hutan Ration dan Central Spectrum.

[caption id="attachment_586557" align="aligncenter" width="714"] Medal rasmi pertandingan perlumbaan ketika majlis Pra Pelancaran Perlumbaan Antarabangsa Selangor (SIR) 2023 di Ibupejabat PKNS, Shah Alam pada 12 Jun 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619