EXCO

KBS kenal pasti kemudahan sukan di Selangor untuk dibaik pulih

12 Jun 2023, 7:48 AM
KBS kenal pasti kemudahan sukan di Selangor untuk dibaik pulih

SHAH ALAM, 12 JUN: Kementerian Belia dan Sukan mengakui Selangor antara negeri memerlukan dana untuk menambah baik kemudahan sukan.

Timbalan Menterinya Adam Adli Abd Halim berkata terdapat beberapa bangunan yang memerlukan perhatian penuh dan berada dalam keadaan sukar selepas beberapa siri lawatan.

"Kita akui ada keperluan tinggi terutama di Selangor berhubung pembangunan kemudahan sukan baharu apabila lawatan ke tapak diadakan" katanya.

Beliau berkata demikian selepas menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Klang V Ganabatirau berhubung keprihatinan Kerajaan Madani untuk merancang menaik taraf beberapa keperluan sukan yang daif di kawasan tersebut.

Terdahulu, menjawab soalan Ganabatirau berhubung naik taraf padang Sultan Sulaiman dan Stadium Pandamaran, beliau memaklumkan kemudahan itu bukan berada di bawah seliaan Kementerian Belia dan Sukan sebaliknya diuruskan Majlis Perbandaran Klang (MPK) atau Kerajaan Negeri.

"Hasil semakan kemudahan kolam renang ditutup buat sementara waktu manakala kerja naik taraf padang Sultan Sulaiman selesai dilaksana mengikut maklumat MPK.

"Kementerian belum mempunyai perancangan untuk naik taraf kedua-dua kemudahan ini tetapi wakil rakyat boleh memohonnya melalui Jabatan Belia dan Sukan negeri untuk dipertimbang tertakhluk peruntukan sedia ada," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619