AGENDA

Lelaki ditemui tidak sedarkan diri dalam tandas disahkan meninggal dunia

12 Jun 2023, 2:49 AM
Lelaki ditemui tidak sedarkan diri dalam tandas disahkan meninggal dunia

SHAH ALAM, 12 JUN: Lelaki berusia 55 tahun ditemui tidak sedarkan diri dalam tandas berkunci sebelum disahkan meninggal dunia di sebuah rumah di Setia Alam dekat sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata pihaknya menerima panggilan daripada isteri mangsa pada jam 3.04 pagi mengenai suaminya yang terkunci dalam tandas di rumah mereka.

Beliau berkata sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik bergegas ke lokasi.

"Sejurus tiba di lokasi, terdapat seorang mangsa didapati terkunci dalam tandas dan dipercayai pengsan.

"Selepas pintu dibuka, mangsa dijumpai tidak sedarkan diri atas lantai dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619