AGENDA

Projek tebatan atasi banjir Sungai Langat babit 3 fasa, siap dalam 10 tahun

11 Jun 2023, 10:40 AM
Projek tebatan atasi banjir Sungai Langat babit 3 fasa, siap dalam 10 tahun

Oleh FHATIHAH ZAKINAN

KAJANG, 11 JUN: Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Langat diselesaikan secara berperingkat membabitkan tiga fasa dalam tempoh 10 tahun, kata EXCO alam sekitar.

Hee Loy Sian berkata rancangan jangka pendek membabitkan kerja pendalaman sungai dan pembaikan ban bagi mengatasi masalah banjir di sepanjang Sungai Langat akan dilaksanakan akhir tahun ini.

"Projek Sungai Langat ini adalah projek untuk (kegunaan) 100 tahun akan datang. Ia bukan setakat tanggungjawab Kerajaan Negeri, tapi banyak melibatkan kerajaan persekutuan kerana memerlukan peruntukan lebih ratusan juta, itu di luar kemampuan kita.

"Jadi, saya berharap, penduduk sabar sedikit masa lagi, kerana kita nak pastikan sini bebas banjir," katanya.

Loy Sian berkata demikian pada sesi Townhall: Mencari Penyelesaian Isu Banjir Antara Agensi Pusat & Negeri Dengan Penduduk Taman Perumahan Jalan Reko di pekarangan Kuil Hindu, Taman Mahkota di Jalan Reko, di sini hari ini.

Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM16.1 juta dalam bajet 2023 kepada JPS negeri bagi pelaksanaan projek tebatan banjir, khususnya lembangan sungai utama termasuk Sungai Klang, Sungai Langat dan Sungai Selangor.

Usaha menyegerakan beberapa projek tebatan banjir itu sebagai persediaan menghadapi situasi hujan luar jangka.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619