PBT

Lebih 2,000 meriahkan Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan

11 Jun 2023, 7:58 AM
Lebih 2,000 meriahkan Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan
Lebih 2,000 meriahkan Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan

Oleh Iman Izziqry

SHAH ALAM, 11 JUN: Lebih 2,000 pengunjung hadir memeriahkan program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan pada sesi kedua bulan ini yang bermula dengan acara larian lima kilometer seawal 7 pagi di Dataran Kemerdekaan di sini hari ini.

Timbalan Datuk Bandar Shah Alam Ir Cheremi Tarman berkata program itu memberi peluang kepada orang ramai melakukan aktiviti riadah bersama keluarga di hujung minggu selain sebagai tanda prihatin kepada alam sekitar.

"Kita menutup laluan kereta dalam linkungan lima kilometer dari kawasan ini selama 4 jam dan kita mengadakan pelbagai acara untuk orang ramai beriadah, bersantai bersama keluarga di hujung minggu," katanya.

[caption id="attachment_586403" align="alignnone" width="790"] Orang ramai yang menyertai Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan di Dataran Kemerdekaan MBSA pada 11 Jun 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Terdahulu, beliau merasmikan program anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan melepaskan kira-kira 500 peserta yang menyertai larian daripada tiga kategori iaitu 'Fun Ride', 'Fun Run' dan 'Fun Walk'.

Acara lain termasuk kayuhan santai, senamrobik, persembahan pemuzik jalanan dan kombo MBSA, mewarna untuk kanak-kanak, 'petting zoo' dan karnival sukan rakyat oleh Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Shah Alam.

MBSA turut menyediakan pelbagai kaunter perkhidmatan seperti perpustakaan bergerak dan pameran SEDA-10.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619