ADN

DUN Subang Jaya anjur program gunting rambut percuma

10 Jun 2023, 8:36 AM
DUN Subang Jaya anjur program gunting rambut percuma

Oleh Iman Izziqry

SUBANG JAYA, 10 JUN: Orang ramai terutama pelajar sekolah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya boleh mendapatkan perkhidmatan gunting rambut percuma di premis Othrs Barber.

Perkhidmatan itu adalah inisiatif wakil rakyatnya Michelle Ng Mei Sze bersama Othrs Barber terutama dalam meringankan beban ibu bapa yang mempunyai anak ramai.

"Harga gunting rambut sudah naik dan untuk membantu, pejabat saya bekerjasama dengan Othrs Barber menyediakan khidmat gunting rambut percuma.

"Kami harap ia mampu meringankan beban ibu bapa," katanya menerusi Facebook kelmarin.

Justeru, Michelle berharap ibu bapa mengambil peluang membawa anak-anak untuk menggunting rambut secara percuma.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619