AGENDA

Pesara rugi RM1.2 juta terpedaya dengan sindiket penipuan

10 Jun 2023, 5:07 AM
Pesara rugi RM1.2 juta terpedaya dengan sindiket penipuan

KUCHING, 10 JUN: Pesara syarikat swasta kerugian RM1.2 juta akibat terpedaya dengan panggilan penipuan (phone scam) April lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata lelaki berumur 66 tahun dari daerah Miri itu mendakwa telah menerima panggilan telefon daripada suspek yang mengatakan mangsa terlibat dengan kes pengubahan wang haram pada 18 April lalu.

Katanya suspek kemudiannya meminta mangsa membuka dua akaun bank baharu bagi memudahkan siasatan dijalankan.

“Mangsa telah membuka akaun bank baharu di dua institusi kewangan tempatan pada 19 dan 20 April sebelum memberi maklumat ID (peribadi) dan kata laluan perbankan kepada suspek.

“Selepas itu, mangsa diarahkan untuk memindahkan wang berjumlah RM1.2 juta melalui empat transaksi dari akaun AmBank dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) miliknya ke dua akaun bank yang baharu dibuka itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Azman berkata mangsa hanya menyedari telah ditipu setelah memeriksa baki wang di kedua-dua akaun bank baharu miliknya telah dipindahkan ke akaun tidak dikenali secara berperingkat pada 19 April hingga 3 Mei lalu dan membuat laporan polis semalam.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619