ADN

RM500,000 dimanfaat baik pulih kemudahan di DUN Kuala Kubu Bharu

10 Jun 2023, 4:08 AM
RM500,000 dimanfaat baik pulih kemudahan di DUN Kuala Kubu Bharu
RM500,000 dimanfaat baik pulih kemudahan di DUN Kuala Kubu Bharu

Oleh Fhatihah Zakinan

SHAH ALAM, 10 JUN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu memanfaat peruntukan Projek Selangor Penyayang (PSP) berjumlah RM500,000 bagi melaksanakan 19 kerja baik pulih infrastruktur.

Wakil rakyat Lee Kee Hiong berkata enam projek siap setakat Jun iaitu pembinaan wakaf baharu di Tanah Perkuburan India Kerling serta penggantian bumbung dan penurapan semula jalan di dataran Balairaya Kuarters Kakitangan, Jalan Hospital.

Selain itu, pelebaran jambatan besi di Kampung Paya Dalam, menaik taraf dewan dan bilik persalinan kolam air panas serta penggantian bumbung Balairaya Kampung Asam Kumbang dan Dewan Kwang Yung Kwang Sai Association.

[caption id="attachment_586180" align="alignnone" width="828"] Pembinaan pondok wakaf baharu di Tanah Perkuburan India Kerling di bawah Projek Selangor Penyayang (PSP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu siap pada Jun 2023. Foto Facebook Pusat Khidmat ADUN Kuala Kubu Bharu[/caption]

"Terima kasih kepada Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari.

"Saya berharap PSP diteruskan selepas pilihan raya negeri akan datang, kerana ia akan memanfaatkan kepada penduduk di Selangor," katanya ketika dihubungi.

Menerusi Belanjawan 2023, Dato' Menteri Besar mengumumkan sejumlah RM28 juta diperuntuk di bawah inisiatif itu sebagai usaha mempergiat dan merancakkan ekonomi setempat dengan penyediaan projek kecil demi manfaat rakyat setempat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619