AGENDA

Lelaki diselamatkan selepas enam hari masuk hutan akibat tekanan kerja

10 Jun 2023, 1:38 AM
Lelaki diselamatkan selepas enam hari masuk hutan akibat tekanan kerja

IPOH, 10 JUN: Seorang lelaki yang memasuki kawasan hutan selama enam hari akibat tekanan kerja diselamatkan bomba setelah mangsa menghubungi talian kecemasan pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad pihak bomba menerima panggilan pada 11.44 malam tadi dan bergegas ke lokasi yang dimaklumkan mangsa.

Katanya lelaki berusia 41 tahun itu menaiki bas dari Kuala Lumpur 3 Jun lalu menuju ke Terminal Amanjaya disebabkan tekanan di tempat kerja dan mengambil keputusan untuk hidup di dalam hutan.

Bagaimanapun katanya, akibat lapar dan tersesat, mangsa mengambil keputusan menghubungi talian kecemasan 999 melalui telefon bimbitnya.

“Mangsa memakai baju oren, berseluar jeans biru dapat dihubungi melalui telefon tetapi tiada rangkaian Internet.

“Mangsa memasuki hutan melalui PPU TNB berhampiran Jabatan Audit Negara, dan ketika sampai di lokasi kejadian, komander operasi telah menghubungi mangsa dan mangsa memaklumkan dia mendengar kehadiran jentera bomba dari dalam hutan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya komander operasi kemudian mengarahkan anggota bertugas membuat pencarian awal di kawasan hutan dan mangsa dijumpai 2.46 pagi tadi pada jarak 3.2 kilometer dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619