ADN

ADN turun padang bantu penduduk daftar skim air percuma

10 Jun 2023, 1:27 AM
ADN turun padang bantu penduduk daftar skim air percuma

Oleh Iman Izziqry

SHAH ALAM, 10 JUN: Bagi memudahkan orang ramai mendaftar Skim Air Darul Ehsan (SADE), Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Lanjan mengambil inisiatif turun padang ke beberapa lokasi.

Elizabeth Wong berkata sambutan diterima sangat baik dan pendaftaran bergerak sudah diadakan di Bandar Sri Damansara, Taman Ehsan, Taman Bidara dan Kepong Ulu.

"Kami buka kaunter di kawasan yang kurang pendaftaran beberapa minggu ini, setakat ini jumlah borang yang telah diisi melebihi 1,500," katanya ketika dihubungi semalam.

Mengulas lanjut, Elizabeth berkata, kaunter bergerak itu dapat menyelesaikan beberapa isu berkaitan pendaftaran program tersebut secara langsung.

"Ramai masih tidak tahu program air percuma ini dan bagi mereka yang mahu mendaftar diminta bawa salinan kad pengenalan serta bil air," katanya.

SADE adalah program pemberian air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Selangor warga Malaysia dengan pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.

Elizabeth memaklumkan, program pendaftaran bergerak itu turut membuka kaunter untuk penyertaan Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619