AGENDA

MB: RS-1 pastikan kemajuan, kemakmuran penduduk utara negeri terjamin

9 Jun 2023, 1:08 PM
MB: RS-1 pastikan kemajuan, kemakmuran penduduk utara negeri terjamin
MB: RS-1 pastikan kemajuan, kemakmuran penduduk utara negeri terjamin

KUALA SELANGOR, 9 JUN: Rancangan Selangor Pertama (RS-1) akan memastikan kebajikan semua penduduk termasuk di kawasan utara negeri terjamin, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata pentadbiran negeri komited menyusun rancangan pembangunan untuk membawa kemajuan dan kemakmuran kepada seluruh rakyat.

“Melalui RS-1 dari hari pertama sejak tahun 2018 kita sudah ada plan untuk bangunkan Tanjong Karang juga beberapa projek di kawasan Kuala Selangor ke Sekinchan. Ini menunjukkan kita ada idea baharu untuk seimbangkan pembangunan penduduk bandar dan luar bandar.

“Dengan pengalaman dan semangat Kita Selangor yang kita kumpul melalui program hari ini, kita dapat meneruskan rancangan dan pembangunan negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap program Kenduri Rakyat dan Pemberian Bantuan kepada Pesawah di Masjid Jamie At-Tuqa, Kuala Selangor di sini, hari ini.

Amirudin turut menyeru rakyat setempat untuk mengekalkan semangat perpaduan bagi meneruskan agenda pembangunan negeri dan membela kebajikan rakyat.

“Kita perlukan semangat perpaduan ini untuk kita bangkit semula selepas pandemik Covid-19 dan kesan ekonomi,” katanya.

[caption id="attachment_586049" align="alignnone" width="717"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) menyampaikan bantuan kewangan kepada pesawah yang terkesan dengan hasil pengeluaran di Masjid At-Tuqo, Tanjong Karang, Kuala Selangor pada 9 Jun 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619