AGENDA

Kerajaan teruskan subsidi harga ayam, telur

9 Jun 2023, 10:40 AM
Kerajaan teruskan subsidi harga ayam, telur

KUALA LUMPUR, 9 JUN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju supaya pemberian subsidi serta kawalan harga ayam dan telur, yang sepatutnya berakhir 30 Jun ini, diteruskan selepas 1 Julai ini.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dalam kenyataan bersama hari ini memaklumkan bahawa perkara itu diputuskan setelah mengambil kira semua aspek termasuk memastikan industri ayam dan telur kekal mampan.

“Keputusan meneruskan pemberian subsidi ini (juga) diambil demi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara selaras aspirasi Kerajaan Malaysia MADANI,” menurut kedua-dua kementerian itu.

Sebelum ini, mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Feb lalu membuat keputusan meneruskan pemberian subsidi ayam dan telur bermula 1 Jan hingga 30 Jun ini.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619