AGENDA

Tumpu projek pengangkutan awam luar bandar, wujud keseimbangan pembangunan

9 Jun 2023, 8:34 AM
Tumpu projek pengangkutan awam luar bandar, wujud keseimbangan pembangunan
Tumpu projek pengangkutan awam luar bandar, wujud keseimbangan pembangunan
Tumpu projek pengangkutan awam luar bandar, wujud keseimbangan pembangunan

SABAK BERNAM, 9 JUN: Kerajaan Negeri berhasrat menumpukan projek pengangkutan awam di luar bandar khususnya Sabak Bernam bagi mewujudkan kesimbangan pembangunan dengan kawasan bandar.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata penumpuan juga dilakukan dalam ketersambungan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM).

"Sekarang kereta api sudah masuk di Klang, jika tambah dalam 20 km boleh sampai ke Kuala Selangor kemudian panjangkan sikit laluan dalam 40 km boleh sampai ke Sungai Besar (Sabak Bernam).

"Ini akan memudahkan Selangor Utara dihubungkan dengan perkhidmatan efektif dan cepat seterusnya dapat memastikan keseimbangan penduduk serta tidak tertumpu (berhijrah) ke Petaling Jaya atau Shah Alam.

"Malah, dengan wujudnya kemudahan pengangkutan awam ini anak muda masih boleh tinggal dengan ibu bapa mereka di Sabak Bernam tetapi bekerja di bandar seperti Shah Alam dan Kuala Lumpur," katanya.

[caption id="attachment_585987" align="aligncenter" width="772"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari (tengah) bercakap kepada media selepas majlis pelancaran Wilayah Pembangunan Sabak Bernam (SABDA) di Kampung Parit Sepuloh, Sabak Bernam pada 9 Jun 2023. Foto FIKRI YUSOF/ SELANGORKINI[/caption]

Beliau berkata demikian ketika berucap selepas Majlis Pengenalan Pembangunan Kawasan Sabak Bernam (SABDA) di Nazbell Cottage & Garden Kampung Parit Sepuloh di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Amirudin berkata Sabak Bernam akan terus dimajukan sebagai kawasan agropelancongan dan ladang makanan di Lembah Klang.

"Bukan sahaja perikanan tetapi pertanian.Kita dapat banyak tarikan tetapi kalau tidak diikuti dengan teknologi dan pendapatan tinggi mungkin tidak meningkatkan minat untuk anak muda turun menjadi petani (moden).

"Justeru, menerusi Smart Selangor Agro Park itu, kita akan meletakkan syarat tertentu supaya pertanian baik dan pintar dapat dilaksanakan. Kalau berjaya pastinya anak-anak muda akan tinggal di sini," ujarnya.

[caption id="attachment_586005" align="aligncenter" width="811"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menaiki trem ke majlis pelancaran Wilayah Pembangunan Sabak Bernam (SABDA) di Kampung Parit Sepuloh, Sabak Bernam pada 9 Jun 2023. Foto FIKRI YUSOF/ SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619