ADN

Wakil rakyat sumbang 100 beg baja, galak penduduk bercucuk tanam

9 Jun 2023, 4:26 AM
Wakil rakyat sumbang 100 beg baja, galak penduduk bercucuk tanam
Wakil rakyat sumbang 100 beg baja, galak penduduk bercucuk tanam

Oleh YUSLIZA YAKIMIR ABD TALIB

SHAH ALAM, 9 JUN: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama mengedarkan 100 beg baja kepada penduduk yang mengusahakan tanaman di laman sendiri atau kebun komuniti.

Wakil rakyatnya Jamaliah Jamaluddin berkata pengagihan baja berkenaan sebagai galakan kepada penduduk untuk bercucuk tanam selain memupuk semangat kejiranan yang lebih erat.

“Kami mengedarkan 100 beg baja yang kaya dengan nutrien kepada persatuan penduduk di DUN ini dengan hasrat memupuk kejiranan yang mampan dan berkembang maju.

“Bersama-sama, kita menggalakkan kebun komuniti yang meriah serta membina semangat komuniti yang lebih kuat,” katanya di Facebook pada 5 Jun.

[caption id="attachment_585944" align="aligncenter" width="718"] Ahli Dewan Negeri Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin (kiri) bersama sebahagian penerima sumbangan baja di Dewan Serbaguna SS 21/9 Damansara Utama, Petaling Jaya pada 5 Jun 2023. Foto Facebook Jamaliah Jamaluddin[/caption]

Tambahnya, pemberian baja itu juga dapat mempromosikan amalan kelestarian alam untuk kebaikan generasi akan datang sejajar dengan matlamat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menjadi bandar rendah karbon.

Sebelum ini, MBPJ memaklumkan sebanyak 25 peratus kawasan hijau dengan keluasan 97.2 km persegi berjaya diwujudkan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619