ADN

ADN Sungai Ramal hulur RM2,500 jaya seminar perkasa kaunseling Islam

8 Jun 2023, 3:12 AM
ADN Sungai Ramal hulur RM2,500 jaya seminar perkasa kaunseling Islam

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 8 JUN: Sejumlah RM2,500 disumbangkan Dewan Undangan Negeri Sungai Ramal untuk Pertubuhan Alumni Pendidikan Dar al-Hikmah, semalam.

Wakil rakyatnya Mazwan Johar berkata sumbangan itu bertujuan membantu pertubuhan tersebut menjayakan seminar memperkasakan kaunseling Islam dalam negara.

“Seminar ini juga bertujuan mengenal pasti isu dan cabaran pelaksanaan dasar Madani dalam kaunseling Islam.

“Dalam masa sama mengetengahkan Kolej Dar Al-Hikmah sebagai Pusat Kaunseling Islam dalam membangun negara Madani,” katanya menerusi Facebook.

Pertubuhan Alumni Pendidikan Dar al-Hikmah bertapak di Jalan ABIM, Sungai Ramal Dalam sejak 2019 dan terdiri dalam kalangan almuni dari Kolej Dar Al-Hikmah.

Mula beroperasi pada 1989, Kolej Dar Al-Hikmah yang memperjuangkan Islam sebagai cara hidup selain membangun tradisi ilmu dengan memugar kegemilangan tamadun Islam antara kolej swasta Islam terawal ditubuhkan di Malaysia.

Kolej ini menawarkan beberapa program termasuklah Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Perguruan Prasekolah, Diploma Pengajian Syariah dan Diploma Usuluddin.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619