AGENDA

EXCO: 32 peratus peserta Selangor Saring alami darah tinggi, obesiti belum didiagnosis

8 Jun 2023, 2:48 AM
EXCO: 32 peratus peserta Selangor Saring alami darah tinggi, obesiti belum didiagnosis
EXCO: 32 peratus peserta Selangor Saring alami darah tinggi, obesiti belum didiagnosis
EXCO: 32 peratus peserta Selangor Saring alami darah tinggi, obesiti belum didiagnosis
EXCO: 32 peratus peserta Selangor Saring alami darah tinggi, obesiti belum didiagnosis

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 8 JUN: Keputusan program saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Negeri tahun lalu menunjukkan sebanyak 32 peratus daripada 22,767 peserta mengalami penyakit darah tinggi dan obesiti yang belum didiagnosis.

Menerusi infografik yang dikongsi di Facebook EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud, bacaan tekanan darah tinggi adalah 180/110mmHg sementara tekanan stabil pada paras 130/80mmHg.

[caption id="attachment_583658" align="aligncenter" width="812"] Temu bual bersama EXCO Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 1 Mac 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

“Tahukah anda, 32 peratus keputusan Selangor Saring menunjukkan peserta mengalami penyakit darah tinggi dan obesiti yang belum didiagnosis.

“Tekanan darah yang kekal tinggi boleh menyebabkan komplikasi seperti serangan jantung, angin ahmar, kegagalan jantung dan kerosakan buah pinggang,” katanya.

Pada 31 Mei lalu, Dr Siti Mariah memaklumkan program Selangor Saring mencatat kadar kehadiran tertinggi dengan 22,767 individu atau 68.36 peratus mendapat manfaat sejak tahun lalu.

Program terbabit antara enam inisiatif diperkenal pentadbiran Selangor khusus untuk rakyat negeri ini bermula dari saringan percuma, bantuan kewangan dan pembiayaan.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM3.4 juta bagi melaksanakan inisiatif tersebut, yang menyasarkan individu mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Untuk maklumat lanjut, hubungi talian 1-800-22-6600 atau klik selangorsaring.selangkah.my/

[caption id="attachment_531848" align="aligncenter" width="791"] Pengunjung menjalani pemeriksaan kesihatan percuma Selangor Saring sempena Jelajah Selangor Penyayang daerah Petaling di Laman MBPJ, Petaling Jaya pada 24 Julai 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKIN[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619