AGENDA

Negara dijangka alami fenomena El Nino lemah mulai bulan ini

7 Jun 2023, 6:32 AM
Negara dijangka alami fenomena El Nino lemah mulai bulan ini

SHAH ALAM, 7 JUN: Negara dijangka mengalami fenomena El Nino lemah bermula bulan ini dan meningkat ke tahap sederhana pada November.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata fenomena ini dijangka mengakibatkan pengurangan jumlah hujan antara 20 hingga 40 peratus pada Jun sehingga Oktober terutama di negeri selatan Semenanjung, Barat Sarawak dan Timur Sabah.

"Harus dimaklumkan, walaupun fenomena ini berlaku pada separuh kedua tahun ini ia akan ada sedikit lagging (beransur-ansur) kesannya juga akan dilihat sekitar Mac hingga April 2024," katanya pada sesi penerangan di Dewan Rakyat hari ini mengenai cuaca panas ekstrem yang melanda negara ketika ini.

Nik Nazmi berkata kelazimannya dalam tempoh Monsun Barat Daya, tiupan angin adalah secara konsisten dari arah barat daya dengan kelembapan udara lebih rendah dan atmosfera lebih stabil.

"Keadaan ini akan menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan sepanjang tempoh ini seterusnya mengakibatkan kebanyakan tempat di seluruh negara melalui taburan hujan yang lebih rendah.

"Bagaimanapun masih terdapat kemungkinan terdapat hujan lebat berserta angin kencang dan ribut petir berikutan fenomena garis badai yang masih boleh berlaku di pantai barat Semenanjung dan barat Sabah terutamanya pada awal pagi.

"Ia seperti apa yang kita telah lalui di Lembah Klang beberapa hari lepas," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619