ADN

Sukan Sawah DUN Permatang meriah, 100 penduduk ambil bahagian

6 Jun 2023, 1:30 PM
Sukan Sawah DUN Permatang meriah, 100 penduduk ambil bahagian
Sukan Sawah DUN Permatang meriah, 100 penduduk ambil bahagian

Oleh IMAN IZZIQRY

SHAH ALAM, 6 JUN: Sukan Sawah di Dewan Undangan Negeri Permatang semalam berlangsung meriah dengan hampir 100 penduduk mengambil bahagian dalam pelbagai acara.

Wakil rakyatnya Rozana Zainal Abidin berkata sukan yang berlangsung di tapak Blok EQSW, di sini bertujuan mengajak penduduk mengamalkan gaya hidup sihat selain mengeratkan ukhuwah.

"Alhamdulillah, saya ucapkan tahniah kepada penganjur yang berjaya menarik kira-kira 100 peserta menyertai pelbagai acara terutamanya kepada anak muda yang dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti seperti ini.

"Lebih menarik, kehadiran bukan sahaja anak muda, namun ibu bapa juga memberi sokongan sangat menggalakkan sekali gus objektif mengeratkan silaturahim sesama penduduk kampung dan pemimpin masyarakat tercapai," katanya ketika dihubungi Media Selangor, hari ini.

[caption id="attachment_585442" align="aligncenter" width="734"] Ahli Dewan Negeri Permatang Rozana Zainal Abidin (tengah) bergambar sebelum melepaskan peserta pertandingan motor cross, antara acara yang dianjurkan dalam Sukan Sawah di Blok EQSW, Kuala Selangor pada 5 Jun 2023. Foto Facebook Rozana Zainal Abidin[/caption]

Selain pertandingan bola sepak bendang, Sukan Sawah turut menganjurkan sukan bujang VS kelamin, pertandingan motor cross 4T, 2T dan juga cabutan bertuah.

"Tahniah buat semua pihak yang memberi sokongan dan mengambil bahagian kepada sukan Sawah Blok EQSW 2023," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619