AGENSI

Tujuh pekerja pusat latihan memandu terperangkap di pejabat susulan banjir di Ijok

4 Jun 2023, 4:54 AM
Tujuh pekerja pusat latihan memandu terperangkap di pejabat susulan banjir di Ijok
Tujuh pekerja pusat latihan memandu terperangkap di pejabat susulan banjir di Ijok

SHAH ALAM, 4 JUN : Tujuh pekerja pusat latihan memandu di Ijok, Kuala Selangor terperangkap dalam pejabat kira-kira 30 minit susulan banjir kilat awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata pihaknya menerima panggilan 10.17 pagi sebelum tiba ke tempat kejadian pada jam 11.02 pagi.

"Ketika pihak Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya tiba di lokasi dilaporkan ada kejadian banjir di kawasan tersebut dengan kedalaman air satu meter.

"Seramai tujuh pekerja Institut Memandu Malayan terperangkap dalam pejabat dan pihak bomba sedang menyelamatkan mangsa serta memindahkan mereka ke tempat selamat dengan menggunakan bot fiber," katanya menerusi kenyataan.

[caption id="attachment_584945" align="aligncenter" width="816"] Jabatan Bomba dan Penyelamat Balai Bestari Jaya menggunakan bot fiber untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap susulan banjir di Ijok, Kuala Selangor pada 4 Jun 2023. Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor[/caption]

Menurut Wan Md Razali kesemua mangsa adalah warganegara membabitkan enam wanita dan seorang lelaki berusia 18 hingga 55 tahun.

"Ketika kejadian berlaku, mangsa semua sedang bekerja dan terperangkap kira-kira 30 minit sebelum pihak bomba tiba di lokasi.

"Air di kawasan tersebut masih bergenang dengan paras kedalaman yang sama dan orang ramai dinasihatkan agar berwaspada," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619