ADN

Wakil rakyat Subang Jaya tulis buku untuk kumpul dana PRN

4 Jun 2023, 1:46 AM
Wakil rakyat Subang Jaya tulis buku untuk kumpul dana PRN
Wakil rakyat Subang Jaya tulis buku untuk kumpul dana PRN

Oleh Diana Abd Wahab

SUBANG JAYA, 4 JUN: Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya menghasilkan karya ‘My Story: Beneath Calm Waters’ demi mengumpul dana bagi perjalanan pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

Michelle Ng Mei Sze berkata hasil jualan buku yang mengupas cabaran dan suka duka sepanjang beliau bergelar wakil rakyat itu akan disalur ke dalam akaun DAP USJ 6.

“Saya tidak mahu buku ini hanya mengenai dasar dan teori, saya cuba jadikannya lebih peribadi dengan selitkan beberapa kisah turun padang yang menginspirasikan beberapa dasar yang kita perjuangkan.

"Saya berharap naskhah nukilan mengenai perjalanan karier politik ini diterima baik masyarakat," katanya.

[caption id="attachment_584911" align="alignnone" width="763"] ADN Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze menandatangani buku selepas peluncuran buku 'My Story Beneath Calm Waters' di Sunway Pyramid, Subang Jaya pada 3 Jun 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran buku tersebut di sebuah pusat beli-belah di sini semalam. Turut dihadir veteran DAP Lim Kit Siang, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan bekas Ahli Parlimen Damansara Tony Pua.

Kira-kira 100 pengunjung memeriahkan majlis berkenaan selain lebih 200 naskhah terjual dengan kebanyakan pengunjung membelinya secara pukal.

Michelle menambah pihaknya yakin buku yang berharga RM20 itu mampu terjual lebih 2,000 unit sepanjang Jun ini.

“Mereka yang berminat untuk dapatkan buku selepas majlis pelancaran boleh membelinya di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya di SS14,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619