AGENDA

Jelajah perkasa ekonomi belia di 43 lokasi seluruh negara, sasar 15,000 peserta

3 Jun 2023, 1:45 PM
Jelajah perkasa ekonomi belia di 43 lokasi seluruh negara, sasar 15,000 peserta
Jelajah perkasa ekonomi belia di 43 lokasi seluruh negara, sasar 15,000 peserta
Jelajah perkasa ekonomi belia di 43 lokasi seluruh negara, sasar 15,000 peserta

KAJANG, 3 JUN : Jelajah Genta Belia 2023 anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bakal menjelajah ke 43 lokasi di seluruh negara dengan Hulu Langat menjadi daerah pertama hari ini.

Timbalan Menterinya Adam Adli Abd Halim berkata siri jelajah itu antara usaha KBS bagi mendedahkan golongan belia dengan pelbagai program pemerkasaan ekonomi yang dilaksana agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

"Dijangka 15,000 belia bakal mendapat manfaat daripada keseluruhan jelajah itu yang dijangka berakhir Oktober ini dengan Kuala Lumpur menjadi lokasi penutup.

"Program ini turut memberi tumpuan belia di kawasan luar bandar sekali gus mewujudkan keseimbangan pembangunan sosioekonomi golongan belia di kawasan bandar dan luar bandar," katanya berucap merasmikan Jelajah Genta Belia 2023 siri pertama di Medan Kajang di sini.

[caption id="attachment_584877" align="alignnone" width="712"] Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim melawat rerurai di Jelajah Genta Belia 2023 di Medan Kajang pada 3 Jun 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Beliau berkata terdapat tiga pengisian utama bagi jelajah tersebut iaitu aktiviti perkongsian ilmu dan maklumat seperti peluang pekerjaan, keusahawanan serta ekonomi; jualan komuniti belia berkonsepkan segmen mini dan aktiviti sampingan berbentuk permainan interaktif serta hiburan.

"Kerajaan sentiasa faham bahawa golongan belia perlu diberi pendedahan berhubung inisiatif terkait peluang ekonomi secara lebih kerap supaya mereka dapat meneroka kepelbagaian sektor dan kaedah terkini untuk meningkatkan keupayaan diri," katanya.

Siri jelajah dilaksanakan KBS bersama rakan strategik iaitu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Jabatan Pertanian, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan badan bukan kerajaan lain.

Jadual lokasi dan tarikh siri Jelajah Genta Belia 2023 boleh didapati menerusi laman sesawang www.jbsn.gov.my dan media sosial jbsnegara.

[caption id="attachment_584878" align="alignnone" width="712"] Sekitar Jelajah Genta Belia 2023 di Medan Kajang pada 3 Jun 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619