AGENDA

Sempena ibadah korban, setiap ADN terima empat ekor lembu, 10 kambing

3 Jun 2023, 10:00 AM
Sempena ibadah korban, setiap ADN terima empat ekor lembu, 10 kambing
Sempena ibadah korban, setiap ADN terima empat ekor lembu, 10 kambing

Oleh Diana Abd Wahab

SHAH ALAM, 3 JUN: Kerajaan Negeri memperuntukan empat ekor lembu dan 10 ekor kambing untuk setiap 56 Ahli Dewan Negeri (ADN) bagi melaksanakan ibadah korban pada tahun ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sumbangan sempena Aidiladha itu diharap memudahkan wakil rakyat menganjurkan sendiri majlis korban atau bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Ia bertepatan dengan tradisi sumbangan lembu dan kambing sempena Aidiladha kepada masjid, surau serta badan bukan kerajaan (NGO) yang dilaksanakan Kerajaan Negeri sejak sekian lama.

“Untuk sambutan Aidiladha kali ini kita teruskan tradisi dengan beri peruntukan empat ekor lembu dan 10 ekor kambing untuk setiap ADN.

“Mereka juga boleh serahkan (sumbangan) kepada mana-mana surau atau masjid yang dirasakan layak. Ini bukan tahu  pertama jadi saya percaya masing-masing sudah ada perancangan untuk laksanakan ibadah korban,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Program Sumbangan Korban Negeri Selangor (PSKNS) 2023  di Pusat Konvensyen MBSA di sini, hari ini.

Pada majlis sama, Dato' Menteri Besar turut mengumumkan sebanyak 300 masjid dan surau terpilih menerima sumbangan ibadah korban daripada Kerajaan Negeri sempena sambutan Aidiladha tahun ini.

Pada 7 Mei lalu, EXCO pemodenan pertanian berkata sejumlah RM6 juta diperuntukkan bagi sumbangan ibadah korban tahun ini.

Ir Izham Hashim berkata peruntukan tahun ini bertambah berbanding tahun lepas berikutan peningkatan harga lembu daripada RM5,400 kepada RM6,000.

Selain itu, pertambahan jumlah lembu korban daripada 660 ekor kepada 700 dan jumlah kambing kekal 1,000 ekor.

[caption id="attachment_584798" align="alignnone" width="734"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melihat haiwan korban serta melakukan gimik perasmian pada program Sumbangan Korban Negeri Selangor di Pusat Konvensyen MBSA, Seksyen 13, Shah Alam pada 3 Jun 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619