AGENDA

MBI sedia bantu kebajikan golongan kartunis, penulis memerlukan

2 Jun 2023, 1:15 PM
MBI sedia bantu kebajikan golongan kartunis, penulis memerlukan

Oleh Azian Aziz

KUALA LUMPUR, 2 JUN: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI akan membantu golongan penulis dan kartunis yang memerlukan terutama di negeri ini.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MBI Ahmad Azri Zainal Nor berkata bantuan tersebut termasuk daripada segi kebajikan dan penerbitan karya atau promosi melalui Media Selangor.

"Inisiatif CSR ini memang banyak golongan yang telah disantuni tetapi mungkin ada yang tertinggal dan kita tak perasan umpamanya golongan sasterawan seperti kartunis dan penulis.

"Sebelum ini memang kita ada bantu artis veteran seperti penyanyi selepas ini insya-Allah kita akan berhubung dengan persatuan yang berkenaan dan lihat apa yang kita boleh bantu golongan kartunis dan penulis ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas program bual bicara 'Coffee Talk' bertajuk #Kita Selangor Bukan Sekadar Slogan yang membincangkan mengenai inisiatif-inisiatif yang disediakan Kerajaan Negeri kepada rakyat Selangor melalui MBI.

Program bual bicara anjuran Perbandaran Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) itu berlangsung di Pavilion Selangor yang dibuka sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 di Pusat Dagangan Dunia di sini.

Dua kakitangan PPAS Hikmah Hassan dan Mohd Basli Mohd Shaari merupakan moderator program.

Ahmad Azri turut menghadiahkan beg cenderahati MBI mengandungi diari dan buku kepada penonton yang bertanyakan soalan mengenai inisiatif Kerajaan Negeri.

Pavilion Selangor merupakan ruangan Kerajaan Negeri menyediakan pelbagai maklumat berkaitan kepentingan rakyat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619