AGENDA

Selangor enjin ekonomi negara, sandaran capai status berpendapatan tinggi

1 Jun 2023, 12:19 PM
Selangor enjin ekonomi negara, sandaran capai status berpendapatan tinggi
Selangor enjin ekonomi negara, sandaran capai status berpendapatan tinggi

SHAH ALAM, 1 JUN: Selangor merupakan enjin ekonomi negara yang perlu terus dipacu bagi mencapai sasaran status negara berpendapatan tinggi selewat-lewatnya pada 2028.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata kerajaan persekutuan juga amat bergantung kepada Selangor, selain perlu melaksana pelbagai projek perintis di negeri itu.

“Banyak projek dan program perintis melonjakkan Malaysia sebagai negara maju mesti bermula di Selangor. Sebab itu kita mesti seiring supaya perancangan Selangor dan persekutuan terus selari.

“Kalau kita terus berada dalam perkembangan seperti ini, menjelang 2026 atau 2027 atau selewat-lewatnya 2028, Malaysia akan diiktiraf negara berpendapatan tinggi,” katanya.

[caption id="attachment_584591" align="alignleft" width="399"] Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berucap ketika Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal RMK-12 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada 1 Jun 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Beliau berucap pada sesi libat urus kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) oleh Kementerian Kewangan dan Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Turut hadir Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim serta barisan pentadbiran Kerajaan Negeri.

Dalam pada itu, Rafizi berkata Selangor tidak terkecuali daripada berdepan cabaran semasa seperti isu perumahan, kepadatan penduduk, peluang pekerjaan dan pengangkutan.

Beliau menambah negeri itu juga harus memberi contoh terbaik kepada semua pihak bagaimana untuk mengimbangi antara kemajuan ekonomi dan kelestarian alam sekitar.

“Kalau orang Selangor tidak boleh mulakan langkah asingkan sampah untuk diproses sebagai sumber tenaga baharu dan menjana pendapatan, saya rasa Malaysia tidak akan dapat laksanakan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619