AGENDA

Kementerian sasar 300 tapak sampah haram ditutup tahun ini

1 Jun 2023, 3:21 AM
Kementerian sasar 300 tapak sampah haram ditutup tahun ini

SHAH ALAM, 1 JUN: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasar untuk menghapuskan kira-kira 300 tapak pelupusan sampah haram terutama di Selangor tahun ini.

Menterinya Nga Kor Ming berkata sebanyak 128 tapak haram dihapuskan dalam tempoh 100 hari memegang jawatan tersebut dan usaha itu akan terus dipertingkat, lapor Bernama.

“Saya sasarkan tahun ini kita akan lupuskan kira-kira 300 tapak pelupusan sampah haram khususnya di Selangor berikutan terdapat banyak kawasan industri di negeri ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya sedang berbincang dengan Selangor untuk melaksanakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) bagi mengatasi isu sampah haram.

Media sebelum ini melaporkan Selangor mempertimbang untuk menandatangani akta itu bagi memastikan keseragaman undang-undang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619