AGENDA

Masjid, surau diminta adakan solat hajat mohon doa kesejahteraan masyarakat, negara

1 Jun 2023, 1:55 AM
Masjid, surau diminta adakan solat hajat mohon doa kesejahteraan masyarakat, negara

KUALA LUMPUR, 1 JUN: Masjid dan surau di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diminta melaksanakan solat hajat hari ini bagi memohon kesejahteraan buat negara dan masyarakat berikut keadaan cuaca panas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam kenyataan semalam berkata masjid dan surau di bawah dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) turut diminta berbuat perkara sama.

“Negara sedang berhadapan dengan keadaan cuaca panas dan kering yang memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat dalam urusan seharian. Sehubungan dengan itu, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus berdoa supaya cuaca kembali berada dalam keadaan baik.

“Saya telah meminta masjid di bawah seliaan Jakim iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, untuk melaksanakan solat hajat pada 1 Jun,” katanya.

Jabatan Meteorologi sebelum ini menjangkakan Malaysia mengalami cuaca panas dan kering berpanjangan sehingga Ogos, susulan peralihan monsun.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619