AGENDA

Platform Selangor bantu lebih 20,000 usahawan baru kembang perniagaan, sediakan latihan

1 Jun 2023, 1:31 AM
Platform Selangor bantu lebih 20,000 usahawan baru kembang perniagaan, sediakan latihan
Platform Selangor bantu lebih 20,000 usahawan baru kembang perniagaan, sediakan latihan
Platform Selangor bantu lebih 20,000 usahawan baru kembang perniagaan, sediakan latihan

SHAH ALAM, 1 JUN: Platform Selangor (PLATS) berhasrat membantu lebih ramai usahawan tempatan khususnya mereka yang masih baharu dalam perniagaan menerusi program Hijrah Tour Selangor (HITS).

Projek Koordinatornya Azizul Hussin Zainal Abidin berkata setakat Januari lalu, 20,139 usahawan dibantu supaya perniagaan diusahakan terus berkembang.

[caption id="attachment_584463" align="alignleft" width="350"] Projek koordinator Platform Selangor (PLATS), Azizul Husni Zainal Abidin ketika ditemui di Pustaka Raja Tun Uda pada 31 Mei 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

“PLATS merupakan inisiatif Kerajaan Negeri khas untuk rakyat Selangor yang berniaga secara percuma selain menyediakan latihan usahawan digital kepada peserta.

“Usahawan yang berminat boleh terus datang ke program HITS dianjurkan Yayasan Hijrah Selangor bertemu dengan wakil PLATS bagi mendapatkan maklumat lanjut,” katanya ditemui pada program tersebut semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi App Engage, Tan Wei Kiat berkata selaku syarikat perincian pihaknya melihat kebanyakan usahawan tidak mengetahui kepentingan laman sesawang dalam perniagaan.

[caption id="attachment_584464" align="alignright" width="345"] Ketua Pegawai Operasi App Engage Sdn Bhd, Tan Wei Kiat ketika ditemui di Pustaka Raja Tun Uda pada 31 Mei 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

“Ramai peniaga tidak mempunyai laman sesawang sedangkan ia penting untuk usahawan sama ada e-dagang dan ‘offline’ supaya produk mereka dikenali serta beri keyakinan kepada pelanggan.

“Sebagai syarikat pengisian, kita sedia bantu usahawan membangunkan laman sesawang sendiri dan membuat pemasaran digital,” katanya.

Terdahulu, seramai 30 usahawan terdiri daripada industri makanan, minuman, produk kecantikan dan wangian menyertai program HITS yang berlangsung sehingga Ahad ini di Pustaka Raja Tun Uda.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619