AGENDA

Bayi lelaki dihurung semut dalam kotak ditemui di hentian bas

1 Jun 2023, 12:15 AM
Bayi lelaki dihurung semut dalam kotak ditemui di hentian bas

IPOH, 1 JUN: Bayi lelaki ditemui dihurung semut dalam sebuah kotak di Hentian Bas Taman Kota Wira, Taiping semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Razlam Ab Hamid berkata bayi malang itu yang dibaluti tuala, ditemui wanita yang memberhentikan kenderaan untuk mengambil barang di dalam bonet kereta, pada jam 10 pagi.

“Semasa wanita itu turun dari keretanya, beliau terdengar bunyi bayi menangis di hentian bas berkenaan sebelum menjumpai bayi itu,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata bayi itu dihantar ke Hospital Taiping untuk mendapatkan rawatan lanjut dan doktor mendapati bayi berkenaan cukup sifat dan matang seberat 2.62 kilogram.

Razlam berkata bayi itu mengalami masalah pernafasan laju, serta memerlukan intubasi dan mempunyai ciri-ciri kurang air dalam badan serta diberikan rawatan dan antibiotik.

“Keadaan bayi kini stabil dan masih dirawat di unit rawatan intensif neonatal (NICU),” katanya.

Razlam berkata polis sedang mengenal pasti suspek yang membuang bayi itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619