PBT

MBPJ belanja lebih RM2.618 juta baiki jalan rosak sejak Januari

30 Mei 2023, 9:24 AM
MBPJ belanja lebih RM2.618 juta baiki jalan rosak sejak Januari

OLEH AZIAN AZIZ

PETALING JAYA, 30 MEI: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memperuntuk lebih RM2.618 juta bagi menyelenggara jalan raya di kawasan pentadbirannya sejak awal tahun ini.

Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Azhan Md Amir berkata sebanyak RM1.5 juta dibelanjakan untuk membaiki laluan berskala besar, manakala baki bagi menampal jalan berlubang.

Beliau menjelaskan sepanjang 850 meter daripada keseluruhan 4.5 kilometer jalan berskala besar selesai dibaiki setakat ini, sementara lebih 500 laluan siap ditampal dalam tempoh tersebut.

"Kerja menampal jalan berlubang dan turap semula dilakukan tiga kumpulan iaitu Road Gang MBPJ, tiga kontraktor tahunan dan 19 kontraktor inden secara berperingkat mulai Januari," katanya.

Bercakap selepas mempengerusikan mesyuarat penuh MBPJ di sini hari ini, Mohamad Azhan memberitahu pihaknya juga akan membaiki jalan sepanjang 6.4 kilometer dengan kos RM2 juta, Ogos depan.

Dalam pada itu, katanya, rondaan sistem pengesanan lubang atau lopak menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) akan dilaksana mulai Jun bagi meningkatkan urusan selenggara jalan.

"Melalui sistem ini, MBPJ boleh mengesan kerosakan jalan serta-merta dan terus mengarahkan kontraktor ke lokasi bagi melaksanakan kerja baik pulih dengan segera," tambahnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619