AGENDA

10,000 jawatan kosong tersedia mulai Jun, MB seru manfaat peluang

30 Mei 2023, 4:11 AM
10,000 jawatan kosong tersedia mulai Jun, MB seru manfaat peluang
10,000 jawatan kosong tersedia mulai Jun, MB seru manfaat peluang

SHAH ALAM, 30 MEI: Dato' Menteri Besar mempelawa rakyat Selangor yang ingin mencari pekerjaan untuk menyertai Jelajah Jaminan Kerja (JobCare) di sembilan daerah mulai Jun ini.

Dato' Seri Amirudin Shari memaklumkan inisiatif Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS), yang dianjurkan sejak hujung 2021 menawarkan 10,000 peluang pekerjaan.

"Kira-kira 200 syarikat pelbagai sektor akan menyertai jelajah yang berakhir Disember. Rakyat Selangor yang sedang mencari pekerjaan boleh memanfaatkan peluang keemasan ini," katanya di Facebook.

Program tersebut turut mendapat kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), dengan 2,500 individu mendapat kerja dari November 2021 hingga 6 Mei lalu.

Jelajah JobCare adalah inisiatif Kerajaan Selangor bagi membantu golongan berkemahiran rendah, sederhana dan tinggi yang hilang pendapatan akibat pandemik memperoleh pekerjaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619