AGENDA

DUN Teratai anjur jualan murah khas, rai petugas barisan hadapan

29 Mei 2023, 2:29 PM
DUN Teratai anjur jualan murah khas, rai petugas barisan hadapan
DUN Teratai anjur jualan murah khas, rai petugas barisan hadapan

Oleh Shamz Johan

SHAH ALAM. 29 MEI: Lebih 500 ekor ayam habis dijual pada program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) untuk petugas barisan hadapan di Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah hari ini.

Penolong pegawai penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, Mohd Firdaus Bahb berkata program itu bagi menghargai jasa dan pengorbanan pegawai bomba dan polis di kawasan Pandan.

"Mereka selalu ada kekangan untuk sertai JER kerana bertugas dan sebagainya, jadi kita anjur khas di tempat mereka untuk beri penghargaan.

"Kenaikan kos sara hidup turut dirasai segenap lapisan masyarakat, jadi kita buat jualan khas di tempat mereka bagi membantu mengurangkan beban kewangan," katanya ketika dihubungi.

[caption id="attachment_584169" align="aligncenter" width="877"]
Kakitangan PKPS melayan pengunjung terdiri daripada petugas barisan hadapan dan ahli keluarga pada program Jelajah Ehsan Rakyat di Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah pada 29 Mei 2023. Foto Ihsan Ahli Majlis Zon 19 Majlis Perbandaran Ampang Jaya[/caption]

Lebih 400 pengunjung terdiri daripada ahli keluarga anggota polis, bomba dan penguat kuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) hadir sejak 8.30 pagi untuk mendapatkan pelbagai barangan seperti ayam, daging dan beras pada harga murah.

Jualan khas itu juga pernah diadakan Februari lalu yang turut memberi tumpuan petugas barisan hadapan sekitar daerah Hulu Langat.

JER kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Inisiatif tersebut memanfaatkan lebih dua juta penduduk Selangor sepanjang tiga bulan pelaksanaan dari September hingga Disember tahun lalu.

Orang ramai boleh melayari pautan linktr.ee/myPKPS untuk kemas kini lokasi jualan dari semasa ke semasa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619